Friday, 27 May 2016

Short Trip ~ KUNDASANG SABAH

I am dena darwisy on Friday, May 27, 2016
Reaksi: 
Ho Ho HOOOOOLIDAY~~~




yeayyy!!! release tension setelah setahun bekerja.. cuti di awal tahun 2016!!!

awal tahun 2016  (hujung bulan januari) pergi bercuti ke tempat paling HEAVEN di Sabah.. 

KUNDASANG~~ wewwww tempat yang paling banyak org p bercuti.. masa pergi tu memang bukan cuti sekolah tp kebetulan rancangan mo bercuti bln 12 tu terpaksa ditunda ke tahun depan (tahun ini-2016) so memandangkan anak pun bersekolah so kami pun bercuti pada hujung minggu sangat.. short vacay~~ hihihih.. oh kebetulan masa tu WP cuti ~(hari wilayah) so dapat la cuti panjang sikit hihihi..


otw~~
wawww~~ seronok3.. kundasang~~ sapa yang tidak kenal atau tidah tahu tempat ini? Kundasang berada di Sabah dan salah satu tempat pelancongan yang amat menarik . memakan masa selama 1or 2 jam ke sana dari KK sabah. sapa yang memang pernah p sini mmg akan rindu ke tempat ini.. ini kali yang ke 6 saya ke sini.. 3 kali berkursus dan 3 kali bercuti dengan family. rugi sapa yang ke Sabah tidak ke sini.. suasana yg sejuk, permandangan fuh!! memang cantik .. sama ada anda ke sana ikut pakej pelancongan atau pergi sendiri.. tp yg memang pergi sendiri kena google dulu tau dapatkan info pergi balik..atau berkawan lah dengan orang2 sabah..  

ini perjalanan kami
day 1.

dari Kota Kinabalu Sabah bertolak pada jam 10 pagi .. kami pakai cik Cherry saya jee (Axia) lalu jalan Tuaran. dalam perjalanan susah (susah sbb meimilih tempat) nak cari kedai makan..so siap2 la bawa makanan ringan atau tapau dari mana2 kedai lain. kami singgah isi minyak kat stesen minyak Bakut so beli la nasi lemak dan keropok kat kedai tu)

selepas sahaja melalui jalan tamparuli.. sepanjang perjalanan tu kita akan melalui jalan yg penuh dengan permandangan menghijau ( amboi ayat) sungai, pokok.. (belum sejuk lgi) lepas berada di kawasan tinggi, suhu akan semakin sejuk.. tak caya buka tingkap hihihih.. 

Kundasang Landmark!! Maknaya anda sudah sampai ke Pekan Kundasang
dalam jam 11 kami sampai ke Pekan Kundasang. oh sebelum sampai ke Pekan ini, anda akan melalui beberapa kawasan yang WAJIB untuk disinggah.. seperti PEKAN NABALU~ tempat menjual seni dan kraftangan Sabah, semesti tempat yg menarik untuk mengambil gambar kenangan dan ole2 untuk dibawa pulang. selepas itu KINABALU PARK. Tempat ini tempat dimana pendaki2 untuk naik ke  Gunug Kinabalu. Untuk masuk ada bayaran dikenakan.. murah je dibawah RM5.00. rugi kalau x masuk. Selepas itu baru la anda akan tiba ke PEKAN KUNDASANG. 
saya syorkan tempat seperti Pekan Nabalu dan KINABALU PARK dipergi sewaktu hendak balik.. hihihi (untuk yg short trip mcm sayala 1 malam jak) kerana memudahkan perjalanan anda. Chinggg~

masa untuk makan

makan sup sayur dan nasi putih

ini adalah salah satu makanan yg terkenal di sabah.. banyak di jual p pasar2 (tidak semestinya dipekan ini)

dah sampai pekan kundasang, sebelum ke Homestay, kami pergi mengisi perut dahulu..Restoren ni mmg banyak pengunjung. JIKA anda kesini.. WAJIB untuk Order Sayap Bakar di Gerai bersebelahan dengan Kedai ini. (dari Landmark tu pun boleh nampak asap2 ihhihi) 

Di Pekan ini memang banyak Homestay disediakan TAPI perlu ditempah seawal mungkin heee~~~ 
kalau nak lagi sejuk dan dapat view yg paling cantik kena cari Homestay yg berada di kaki gunung.
Untuk homestay ini anda boleh google or cari d Facebook.  Kami sekeluarga cuma bertiga so ambil yang Bilik jee.. hihih 

ini Bilik Kami. Nama Homestay Kundasang Inn.

Ini Pemandangan Luar Homestay kami.. sejukkkkkkk

Nampak tak Jacket tu?? ONLY RM15 hahahahha.. percaya atau tidak. ok ini tips saya, jika anda belum mempunyai Baju sejuk/ Jacket dan lain2. JANGAN RISAU!! di Pekan ini ada menjual baju2 Bundle dengan harga yg sangat2 berpatutan. Jacket ini cuma berharga rm15. (memang belum cuci hahaha) saya punya pun ada  RM 10 shja hihihihih... 

ini bekal kalau lapar hahaha boleh makan2 kat dalam bilik RM5 ` 3 jenis buah  (yg kuning tu buah lemak)

Sampai bilik kami berehat sekejab dan meneruskan percutian kami ke DESTINASI seterusnya.. DESA DAIRY FARM~~ di sebabkan masa yg agak singkat untuk kami berjoli2 .. penat harus dilupakan yang penting ENJOY!!! untuk cerita ini, biar gambar yg berbicara~ enjoice


berpeluang untuk bagi anak lembu makan~ rm1 untuk satu ikat rumput , nak susukan pun boleh juga.. RM1.50 (kalau x silap)

lembu tu sentiasa lapar..

sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

cantik tak view ni?

lembu lagi

tada~~
lembu lagi
lagi
nyum2
rayyan pun nak cuba
ah ni minum susu
me n son
ini lah jakcet tu .. saya punya rm10 jak.. anak rm15

apa yg kau menungkan ahaahah itu suami saya
seronok?? sorry tak banyak ambil gambar masa kat sini pasal hujan renyai2. tp yang penting kalau dah naik kat sini jangan tak cuba makan gelato, minum susu dan mcm2 lagi.. semuanya ada kat dalam kedai. seeeeeedap.. Susu Kambing pun ada juga.. oh masuk sini kena bayar juga.. murah ja heee

next destination ~ LUANTI,TAGAL.. jum gigit ikan

lepas dari sini terus kitaorang turun ke destinasi ikan gigit kaki hahahaha
perjalanan memakan masa dalam 30-45 minit ke tempat ini. sebelum sampai ke luanti anda akan nampak beberapa tempat yg boleh dilawati, LADANG SABAH TEA, PORING KOLAM AIR PANAS, STRAWBERRY FARM dan PEKAN RANAU..tempat2 tu memang saya x pernah pergi so tidak dapat nak terangkan lebih detail. lagipun mmg x masuk dalam list kami.. ihhihih 
sampai destinasi terus masuk. oh sebelum masuk ke dalam.. jgn lupa untuk beli tiket ya.. 
kat sini pun saya tak ambil byk gambar.. takut HP jatuh masuk dalam air.. ahahaha so ini shja dapat bagi.. 

ikan besar.. geli

sumpah geli.. saya kat tepi2 jak sebab takut ahahahahah 

nampak tak ikan2 tu.. rakus.. ahahaah 
sebenarnya tak sakit pun tapi ikan ni gigit manja jak.. tp saya xberani hahahaah.. masuk sini hanya 15 minit.. kalau x puas pegi beli tiket lagi hahahah.. 

lepas tu kami pun bertolak balik ke Homestay untuk berehat2. hihihi malam xda aktiviti.. kami berehat2. good night!!

DAY 2
masa untuk balik!!

seawal jam 8 pagi kami bertolak untuk balik ke KK, TAPI sebelum tu kami ke PEKAN KUNDASANG. kalau tak beli sayur2 memang x sahlah!! hahahaah.. gambar untuk sesi membelibelah tiada hahahha.. tp gerai ini memang panjang dan teletak ditepi jalan sahaja.. puas hati nak beli.. sayur, buah, beras, kerepek, madu asli pun ada, dan macam2 lagi. bunga2 pun ada.pastikan anda singgah yah!

lupa nak bagitau.. di PEKAN KUNDASANG ada WAR MEMORIAL PARK (saya belum pernah p sedih) jgn lupa singgah!

seperti yg saya cakap tadi.. semasa perjalanan pulang boleh la singgah ke KINABALU PARK. yeayyy!!! masa pegi kami beruntung sebab kabus takda!!! yeyeyeye!!!  dapat lihat Gunung Kinabalu 
so jom tgk2 gambar2 saya ambil ni..

TIMPOHON GATE tempat bermulanya pendakian 

maklumat

peace!!
saya merasa jg naik gunung hahahaha tp x sampai ke puncak.. hihihihi

peace.. kami nak cari tupai jinak tp takda.. 

nampak tak gunugn tu.. cantik kan

peace!!! 

me n him

muka happy dapat tgk gunung
pose!!!

yeay

GUNUNG KINABALU

THE END puas hati?? seronok dapat jalan2 pegi sini.. saya nak lagi ke sini.. selesaila perjalanan kami .. percutian pendek tapi banyak kenangan disini!!! fuh sejuk...

masa untuk pulang... oh ya PEKAN NABALU kami tak singgah sebab xda yg nak beli disana  hihih .. seronok percutian kami walaupun dalam masa yg singkat.. anak pun happy :)
gambar2 saya ambil mmg tak cantik. tp pastikan anda sendiri datang untuk tangkap gambar yang lebih cantik yah!

hope pembaca terhibur.. kalau tak paam bhsa ayat2 saya maaflah.. saya org sabah hahahaaha..
bagi mereka2 yg belum pernah ke SABAH , jomlah dtg..banyak lagi tempat BEST yg perlu di tuju. sapa yg minat dgn aktiviti lasak.. kat sini ada PARAGLIDING, dan mcm2 lg, pemandangan laut yg indah di Semporna Sabah.

Semua INFO hanya dihujung jari.. GOOGLE dan FACEBOOK kan...

KLIK link dibawah ini :
tempat2 menarik disabah


WELOVESABAH
ILOVESABAH

bye... daaaa

therealdena

2 hambur komen:

Murni Alysa said...

Nice place..murni tak pernah sampai lagi..inshaAllah nak kesana juga nanti..

dena darwisy said...

Yeay... InshaAllah... Dtg jgn x dtg ... X rugi .. Semestinya berbaloi ☺️

Post a Comment

 

The Real Dena Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review